Cara Membuat Dan Membina Backlink Berkualiti

Apakah itu backlink? Mengikut pemahaman saya backlink ataupun linkback merupakan sebuah pautan daripada sesebuah website ke website yang lain. Dengan lain perkataan, website tersebut telah mencadangkan kepada pembaca untuk mengunjungi website yang lain.

Kenapa kita membuat dan membina backlink? Tujuannya ialah supaya blog kita lebih popular di SERP ataupun enjin carian seperti google, yahoo, bing dan sebagainya. Sekarang ini raja enjin carian dipegang oleh google.com. Website yang banyak mempunyai backlink berkualiti akan mendapat perhatian daripada mesin pencari dan mempunyai kelebihan untuk berada di carian teratas berdasarkan kata kunci tertentu.

Bagaimana membuat dan membina backlink berkualiti

Sedikit perkongsian dari saya berkenaan cara membuat dan membina backlink yang berkualiti. Tapi jangan lupa baca juga arikel di bawah ini :

Cara Buat Blog Wordpress

Social Bookmarking Site
Pada awal pembinaan social bookmarking site, ianya hanya digunakan oleh pengguna untuk menyimpan url ataupun link yang mereka sukai supaya memudahkan mereka mencari untuk dilawati semula. Dari sehari ke sehari, social bookmarking site ini semakin berkembang dan ianya menjadi tempat bagi Masta SEO seluruh dunia untuk menaikkan sebuah halaman di mesin pencari.

Social bookmarking amat disukai oleh google dan crawler nya akan menjelajahi website social bookmarking ini untuk mencari laman-laman yang disimpan oleh pengguna internet. Kehadiran crawler ke social bookmarking sudah tentu akan mempengaruhi kedudukan sesebuah website di enjin carian.

Blog Commenting
Blog commenting ataupun blogwalking ialah aktiviti mengunjungi blog ataupun laman web lain dan meninggalkan komen diruangan komen yang disediakan beserta dengan link website kita. Terdapat dua kelebihan jika melakukan blog commenting ialah kita dapat meninggalkan backlink di blog tersebut dan juga akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pemilik blog ataupun website. Secara tidak langsung ianya mampu juga meningkatkan jumlah pengunjung.

Jangan lakukan komen-komen yang spammy seperti "terima kasih infonya", "Thanks for sharing" dan seumpanya kerana ianya merupakan komen-komen yang biasa. Seharusnya habiskan membaca artikel tersebut dan berikan pendapat anda terhadap isu yang diperjelaskan.

Article Directory
Article directory sering kali digunakan untuk membina backlink untuk tujuan pemasaran produk. Backlink melalui article directory boleh dilakukan dengan membuat artikel yang berkualiti dan dihantar ke site-site article directory. Antara site directory yang popular ialah enzinearticles.com, articlebase.com dan goarticles.com. Sebenarnya banyak lagi site article directory yang lain. Site yang saya nyatakan itu adalah berbahasa inggeris dan mempunyai authoriti yang baik dimata google.

Menjadi Penulis Jemputan
Menjadi penulis jemputan di blog yang berPR tinggi merupakan cara yang paling baik untuk menjadikan blog kita popular. Sudah tentunya menjadi penulis di blog orang lain membolehkan kita menerbitkan artikel yang berkualiti dan sesuai dengan niche blog tersebut. Keuntungannya ialah dibahagian ruangan author ataupun pengarang, kita dapat memperkenalkan diri kita disamping dapat memasang link yang menuju ke website kita.

Membuat Signature Di Forum
terlalu banyak forum yang terdapat diinternet pada masa kini. carilah forum yang mengizinkan forumer meletakkan signature masing-masing. Pemasangan link di bahagian signature akan memberikan backlink yang berkualiti kepada kita dan juga pelawat yang melawat forum tersebut.

Sebenarnya banyak lagi cara membuat dan membina backlink yang berkualiti yang boleh dikongsikan seperti melalui social media, press release dan web 2.0. Insha allah jika diberi kelapangan waktu saya akan kongsikan di artikel yang lain.

17 Responses to "Cara Membuat Dan Membina Backlink Berkualiti"

  1. bro aku komen dekat sini bermakna aku pun buat backlink , tak gitu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog commenting adalah satu cara untuk membuat dan membina baclink.

      Delete
  2. banyak kena belajar kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama belajar tentang backlink. Kalau ada yang lebih menarik harap sudi dikongsikan jua di sini.

      Delete
  3. Nak tambah sikit pasal blog commenting. Biar letak keyword yang betul dalam comment. Kalau tak, sia-sia backlink yang dibina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu hairul kerana sudi berkongsi. Komen mengikut artikel ataupun niche yang dibincang. Kalau bincang pasal membuat dan membina backlink maka topik perbincangan mestilah dalam skop yang sama.

      Delete
  4. Terima kasih atas penerangan..selama ni saya cuma tau tentang backlink untuk blogwalking..baru tau dengan backling dr site2 bereputasi tinggi di entry kita boleh naiklan reputasi blog kita di mata google

    Tips Atasi Kolesterol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama missyzaraismail.

      P/S: Meletak link diruangan komen disini adalah tidak bermakna kerana ianya adalah nofollow. Link dofollow ada diruangan commentator sidebar.

      Delete
  5. saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan..backlink bukan perkara yang boleh dibuat sehari dua..kalau berbulan-bulan kir ok juga!

    Jumpa lagi dan jemput singgah ke blog Hero Borneo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat cepat sangat ianya akan turun dengan cepat jugak. Jadi berhati-hati dalam membina dan membuat backlink.

      Delete
  6. ada pasang apa-apa widget ker? kalau balas kunjungan itu insyallah :)

    ReplyDelete
  7. masih belajar lagi dan lagi perihal SEO ni...

    backlink ni masih belum master, tapi sudah diamalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Backlink adalah sesuatu yang penting jika kita bermain SEO tetapi ada lagi perkara yang lebih penting seperti on page SEO dan juga artikel yang berkualiti. Saya pun kongsikan disini bukan kerana saya master tetapi lebih kepada perkongsian pendapat.

      Delete
  8. Terima kasih atas perkongsian ini. Boleh tolong terangkan tentang do follow dan no follow backlink pula? Bagaimana setiap satu itu memberi kesan kepada ranking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu panjang untuk dijelaskan mengenai dofollow dan nofollow tetapi saya cuba ringkaskan disini.

      Dofollow bermaksud sekiranya kita membuat komen di sesebuah blog dan meletakkan link disana, link tersebut dikira sebagai backlink oleh google.

      Nofollow bermaksud link yang kita letak di sesebuah blog semasa komen tidak dikira sebagai backlink oleh google atau lebih mudah difahami lebih kepada mempromosikan blog sahaja.

      Walaubagaimanapun dofollow dan nofollow perlu ada keseimbangan supaya nampak lebih relevan di mata google. Setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

      Delete
  9. EMm bila sebut menda ni, kepala mesti tension punya..lebih baik biarkan aje..hehe..apa-apa pun, terima kasih kongsikan..,,bukan senang nak main menda ni..huhu

    ReplyDelete