Handphone Samsung Original Atau Tidak

Handphone samsung original ke tidak? Sebenarnya banyak cara yang boleh digunakan untuk mengenalpasti samada handphone samsung original atau tidak. Semoga sedikit contoh panduan ringkas dibawah ini akan dapat membantu sesiapa sahaja yang mahu memiliki handphone samsung.
handphone samsung original atau tidak

Handphone clone berlambak di pasaran

Pada masa sekarang ini memang berlambak-lambak handphone clone di pasaran. Boleh didapati secara online ataupun offline. Kalau tak pandai tengok memang disangka handphone yang original. Jadi smartphone dari Samsung pun kena clone jugak. Tetapi sebenarnya ada tip-tip untuk kita membezakan antara handphone yang original ataupun tidak sebelum memutuskan untuk membeli.

Cara mengenalpasti handphone samsung original atau tidak

Di sini aku kongsikan satu cara yang paling banyak digunakan untuk mengenalpasti samada handphone Samsung original atau tidak. Banyak lagi tip-tip ataupun panduan yang terdapat dinternet.

Perhatikan langkah-langkah yang aku sediakan di bawah ini
  1. Tekan *#0*#. Anda akan lihat paparan LCD test
  2. Cari butang yang tertulis sensor dan klik
  3. Klik butang Image Test
Kalau handphone Samsung anda original maka akan terpaparlah gambar anjing di skrin sebagaimana di bawah. kalau gambar lain yang keluar maka confirmlah bahawa handphone anda bukanlah handphone yang original daripada Samsung.

handphone samsung original atau tidak
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pengguna yang mahu membeli handphone Samsung yang original. Diharap anda tidak tertipu, tetapi apa yang motif samsung menggunakan gambar anak anjing disebalik semua itu.

Sumber gambar:Blogger Lelaki

14 Responses to "Handphone Samsung Original Atau Tidak"

  1. banyak sangat henpon clonw skrang.. kena hati-hati membeli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum membeli kita kena tengok spesifikasi hanphone, check IMEI dan sebagainya.

      Delete
  2. hehe gua dah tak pakai samsung dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua pun dah tak guna Samsung,,,pakai Lenovo jek

      Delete
  3. betul, handphone clone mmg sebijikkk dgn original. nama pun dah clone ye tak...

    adeh gambar anjing pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang betul gambar anjing tetapi user boleh tukar kepada gambar yang lain.

      Delete
  4. Replies
    1. Saya dulu pun lama jugak guna ios tetapi sekarang lebih menggemari android. Tetapi iphone nampak macam professional gitu.

      Delete
  5. samalah guna dah lama tinggalkan samseng ni... jd geng lenovo pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka pulak sama-sama jadi geng lenovo.

      Delete
  6. Saya pakai sony. Tak boleh nak cuba. Takpe nanti bookmark. hihihi

    Ikhlas,
    profhariz.com

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, nasib baik keluar gambar anjing

    ReplyDelete
  8. Kalau iPhone mcm mana plak nak test tuan admin?

    ReplyDelete