Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27

Contoh soalan peperiksaan Penolong Akauntan W27. Dibawah ini sedikit perkongsian ringkas contoh soalan peperiksaan Penolong Akauntan W27 bagi tahun 2014. Semoga ianya memberi manfaat kepada calon-calon.
contoh soalan peperiksaan penolong akauntan w27
Apabila adanya sesi temuduga yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, pasti ramai yang menemui kegagalan dalam peperiksaan ujian yang dijalankan. Ini terjadi kerana kurangnya persediaan ataupun panduan untuk menjawab soalan yang dikemukakan dalam ujian tersebut. Rentetan daripada ramai calon yang gagal saya merasa bertanggungjawab untuk berkongsi panduan sebagai persediaan supaya kita merasa lebih yakin dan bersemangat dengan soalan-soalan yang bakal dihadapi nanti. Panduan yang bakal saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman calon-calon yang terdahulu.

jadual peperiksaan bertulis bagi jawatan Penolong Akauntan Gred W27 akan diadakan pada 03 Mei 2014 sebagaimana jadual yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia. Apa yang berlaku apabila hampir menjelangnya peperiksaan ialah permintaan terhadap panduan akan meningkat.

Sehubungan dengan itu pihak TIM Infokerjaya telah mengambil inisiatif untuk membantu calon menjawab peperiksaan dengan mudah. Contoh soalan yang diperolehi adalah berdasarkan pengalaman calon yang diambil di dalam peperiksaan yang terdahulu.

Setiap tahun persaingan untuk mendapatkan jawatan tersebut semakin hari semakin tinggi. calon-calon wajib lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penolong Akauntan W27 sebagai salah satu daripada syarat sah lantikan ke jawatan tersebut.

Tidak Bersedia, Punca Gagal

Tidak membuat persediaan awal merupakan satu punca ramai yang gagal dalam peperiksaan bertulis ini. Ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan persediaan dan panduan yang tepat untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ramai yang memandang remeh tetapi anda harus ingat, terlalu ramai orang diluar sana yang ingin menjawat jawatan sebagai Penolong Akauntan. Seperti yang saya katakan tadi persaingan memang teramat tinggi. Untuk berjaya dalam saingan tersebut anda perlu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan bertulis ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27

Peperiksaan bertulis ini melibatkan dua kertas yang berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik di dalam semua kertas. Calon-calon dinasihatkan untuk tidak tertumpu kepada satu kertas sahaja. Peperiksaan ini terbahagi kepada dua seksyen iaitu seksyen A dan Seksyen B.
  1. Seksyen A - Pengetahuan AM
  2. Seksyen B - Daya menyelesaikan masalah

Seksyen A - Pengetahuan AM

Masa : 40 Minit
Soalan : 50

Seksyen ini bertujuan untuk menguji kefahaman dan kesedaran calon tentang pengetahuan am di mana soalan yang dikemukakakan lebih kepada perkembangan isu semasa secara umum. Contoh soalan yang akan dikemukakan adalah sebagaimana berikut:

Manakah dokumen yang menjadi sumber buku tunai?
A Invois
B Nota Debit
C Pesanan Belian
D Baucer Bayaran

Seksyen B - Daya menyelesaikan masalah

Masa : 45 Minit
Soalan : 40

Tujuan untuk mengukur kebolehan calon menyelesaikan masalah yang diberikan. Soalan yang diberikan adalah untuk menguji kemahiran logik, minda kreatif, matematik dan kemahiran menginterpretasikan data. Soalan di bahagian memerlukan banyak pengiraan dan kebolehan menggunakan graf adalah satu kelebihan.

Kemahiran menggunakan logik
contoh soalan peperiksaan penolong akauntan w27

Kemahiran menginterpretasikan data
Calon akan diberikan masalah yang perlu diselesaikan dengan menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Soalannya adalah berdasarkan pengiraan dan jadual dan boleh mengelirukan calon.
contoh soalan peperiksaan penolong akauntan w27

Bagaimana mendapatkan panduan ini

Buat masa sekarang ini penjualan masih belum dibuka oleh pihak TIM Infokerjaya. Tarikh penjualan akan diumumkan kelak. Walaubagaimanapun calon digalakkan untuk membuat pendaftaran melalui ruangan di bawah supaya anda tidak ketinggalan untuk mendapatkan informasi terkii berkenaan dengan panduan dan contoh soalan peperiksaan tersebut. Panduan ini akan terus dihantar ke email anda apabila ianya dibuka nanti.

Masukkan nama dan email anda yang sah melalui ruangan di bawah sekiranya anda ingin mendapatkan panduan terkini mengenai contoh soalan peperiksaan Penolong Akauntan W27 terus dari kami.

21 Responses to "Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27"

  1. Betul tu bro..salah satu faktor yang menyebabkan kegagalan ialah kurangnya persediaan dan ada segelintir tu pandang ringan jer menda ni..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persediaan perlu dilakukan dengan secukupnya kerana persaingan untuk menjawat jawatan Penolong Akauntan amat tinggi.

      Delete
  2. Tidak membuat persediaan awal memang salah satu punca gagal.. kita biasa dengan last minutes.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap panduan sebegini dapat memberi manfaat kepada calon.

      Delete
  3. sekarang tidak akan gagal pasal dah ada panduan.semoag berjaya pada pemohon bakal di temuduga nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan panduan yang betul dan tepat dari Infokerjaya, insha allah calon tidak akan gagal.

      Delete
  4. bagus ada panduan khusus untuk peperiksaan penolong akauntan.. tiada lagi alasan untuk gagal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panduan dari infokerjaya telah banyak membantu calon-calon.

      Delete
  5. p.s: nak tanya, bagaimana cara buat sitemap seperti dalam blog ini ya? kelihatan cantik dan kemas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss Aiza boleh rujuk artikel pasang sitemap blog di blog ini..Hanya ikut step by step jer.

      Delete
    2. terima kasih.. nanti aiza cuba.. selamat berhujung minggu.. :D

      Delete
  6. panduan berguna untuk mereka yg memohon jawatan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan panduan dan contoh soalan yang berguna insha allah akan membantu calon menjawab dalam peperiksaan tersebut

      Delete
  7. dgn adanya rujukan ni rasanya lebih bersedia menghadapi peperiksaan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa rujukan yang tepat memang susah untuk lulus peperiksaan kali ini.

      Delete
  8. Nanti pasti calon calon rasa lebih yakin selepas membuat rujukan dengan contoh contoh soalan peperiksaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang kita mahukan dengan adanya panduan yang tepat,akan memberikan keyakinan kepada calon-calon

      Delete
  9. Hehe..terima kasih kongsikan..kalau betul2 nak berjaya dapatkan jawatan yang ditawarkan, kena berikan perhatian yang serius pada contoh2 soalan macam ni..hehe

    ReplyDelete
  10. Contoh dah ada takkan tak boleh jawab. Ye tak?

    Good Luck

    ReplyDelete
  11. Lama lagi peperiksaan penolong akauntan nie. Calon boleh buat persiapan awal-awal

    ReplyDelete
  12. Terbaik. Pentinf tau format soalan...sng nak studi

    ReplyDelete