Bagaimana Membuang Broken Link Daripada Blog

Broken link ialah link di blog kita yang menunjukkan kepada artikel yang sudah tidak wujud.

Umpamanya kita menulis sesuatu artikel yang mempunyai persamaan dengan artikel yang terdapat di blog orang lain. Oleh kerana artikel di blog tersebut adalah lebih baik maka kita memasukkan pautan artikel tersebut ke dalam artikel di blog kita. Mungkin pada suatu masa nanti pemilik laman tersebut telah membuat keputusan untuk memadam artikel ataupun blog tersebut sudah tidak beroperasi lagi.

Maka link kita telah mengarahkan(pointing) kepada sesuatu yang sudah tidak wujud lagi dan inilah yang dipanggil broken link.

bagaimana membuang broken link daripada blog

Kenapa perlu beri perhatian pada broken link

Petamanya kerana ia akan menjadikan pembaca merasa kecewa apabila pautan yang mereka jumpa sudah tidak wujud dan mengeluarkan error 404. Ini sudah tentu akan meninggalkan kesan kepada bounce rate anda kerana mereka berkemungkinan akan terus meninggalkan laman anda.

Keduanya google mengetahui broken link menyebabkan pembaca kecewa dan google tidak suka blog yang mempunyai banyak broken link. Keadaan ini sudah tentu akan menjejaskan kedudukan blog di SERP.

Bagaimana mengatasinya

Cara untuk mengenalpasti dan membuang broken ialah dengan menggunakan tool di BrokenLinkCheck.com. Letakkan url blog didalam ruangan yang disediakan dan klik "Find Broken Links". Berikan sedikit masa untuk dianalisis.
broken link


Paparan pautan yang rosak akan ditunjukkan dan apa yang perlu dilakukan ialah pergi ke link tersebut dan buang broken link. Cadangan saya setelah membuang link yang rosak dan buatlah tanda sedikit seperti “(Update: link tidak aktif)”berhampiran anchor text link tersebut. Penandaan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pembaca bahawa pautan tersebut sudah tidak aktif.

Kalau anda pengguna wordpress pastinya tidak ada masalah kerana mempunyai plugin broken link checker.

Berapa lama anda memeriksa broken link di blog anda?Adakah setiap hari,sebulan sekali ataupun setahun sekali?

4 Responses to "Bagaimana Membuang Broken Link Daripada Blog"

  1. thanks bro untuk tools ni. aku tak pernah check lagi guna tools tu. baru nak try. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama bro. Boleh cuba tetapi platform blogger kena remove broken link secara manual. Blog yang masih baru tak banyak broken link ataupun belum ada.

      Delete
  2. Selalu guna.. mujur blog masih baru.. jadi xbanyak brokenlink.. check pun seminggu sekali jer..

    ReplyDelete
  3. puteri check broken link sebulan sekali je :)

    ReplyDelete